“kami telah menciptakan gugusan bintang dilangit dan kami menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandangnya” (surah al-hijr:16)
Bintang, suatu ciptaan Allah swt yang sgt indah. Ia menghiasi langit pada waktu malam dan menjadi petunjuk arah buat manusia. Allah berfirman yang bermaksud:” Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu agar kamu menjadi petunjuk dalam gelap di darat dan di laut” (surah al-an’am: 97)
Dari segi sejarah, org arab sudah lama menggunakan perbagai peralatan seperti astrolabe untuk menyukat kedudukan bintang. Bintang telah menjadi suatu pengkajian yang khusus dlm bidang sains pd hr ini. Kejadiannya, sifatnya, dan jenis-jenis bintang telah dirungkai dari sudut saintifik dan kajian alam semesta.
Secara saintifiknya, bintang ialah sfera gas yang menyala-nyala pd suhu yg amat tinggi. Ada bintang yang bersaiz terkecil daripada saiz bumi, ada juga bintang yang mempunyai saiz 1000 kali lebih besar daripada saiz matahari.
Matahari juga diketahui sebagai salah satu bintang . Hanya matahari yang kelihatan pada siang hari, bintang lain tidak kelihatan pada siang hari kcuali semasa berlakunya gerhana matahari. Pada malam hari kita boleh nampk pelbagai jenis bintang di atas langit. Terdapat lebih kurang 6000 bintang mugkin boleh dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan teleskop.
Ada billion-bilion bintang didalam alam smesta. Kebanyakkannya adalah terlalu jauh untuk dilihat walaupun dengan teleskop. Bintang kelihatan berkelip2 kerana cahayanya bergerak melalui atmosfera bumi.
0 comments:
Post a Comment