♥ஜ•.¸ღHbngn Antara Yahudi & Kristian, Kaitan dan Kesannya Dgn Agama Islam ღ¸.•ஜ♥
Dasar kepercayaan agama samawi dari permulaan turunnya kepada nabi dan rasul Tuhan yang pertama sampai kepada nabi dan rasul yang terakhir, semuanya sama iaitu mengajarkan keyakinan bahawa Tuhan yang maha kuasa itu hanya satu, tiada Tuhan selain dia, iaitu Allah.
Dasar kepercayaan agama samawi dari permulaan turunnya kepada nabi dan rasul Tuhan yang pertama sampai kepada nabi dan rasul yang terakhir, semuanya sama iaitu mengajarkan keyakinan bahawa Tuhan yang maha kuasa itu hanya satu, tiada Tuhan selain dia, iaitu Allah.
Agama samawi adalah agama yang paling tua, kerana nabi Adam a.s telah menerima pengajaran yang demikian dari tuhan. Agama samawi yang masih wujud sehingga sekarang ialah agama Yahudi, agama Nasrani dan agama Islam. Seperti yang telah diterangkan di atas, di antara ketiga-tiga agama samawi yang masih ada itu masih tetap teguh dengan dasarnya yang asli iaitu Tauhid, hanyalah agama Islam.
Manakala Agama Yahudi dan Nasrani pula sudah banyak bercampur dengan fahaman agama thabi’y, terutama yang paling jelas kelihatan ialah agama Nasrani, di mana dasar tauhidnya yang asli seperti yang diajarkan oleh nabi Isa sudah hilang sama sekali.
Bagi orang Islam, hubungan Islam dengan agama lain ditetapkan oleh tuhan dalam al-Qur’an. Oleh itu, tiada orang Islam yang boleh menolaknya, disebabkan al-Qur’an mempunyai kuasa yang mutlak dalam agama. Orang Islam menganggap al-Qur’an sebagai perkataan dari tuhan, wahyu yang muktamad dan penentu bagi kehendakNya untuk seluruh manusia tanpa mengira tempat dan masa. Perselisihan yang berlaku dikalangan orang Islam hanyalah dari sudut kepelbagaian pentafsiran. Tetapi dalam bidang ini, skop kepelbagaian adalah terhad kepada dua aliran iaitu:
1) Amalan orang yang berterusan di sepanjang abad yang lampau menjadi bukti jelas kepada makna ayat al-Qur’an.
2) Metodologi Islam ortodoks dalam pentafsiran yang terdiri daripada penyusunan makna, tatabahasa dan tatakata yang telah sedia dan secara berterusan digunakan oleh jutaan manusia sejak termaktubnya dalam al-Qur’an, tidak meninggalkan sebarang perselisihan tanpa adanya penyelesaian.
Keadaan ini menunjukkan kesejagatan pemahaman al-Qur’an walaupun kepelbagaian tradisinya yang luas, bahasa, bangsa, dan adat yang menyifatkan dunia Islam, dari Maghribi ke Indonesia, dan dari Rusia ke Balkan dan ke tengah Afrika. Sementara bagi orang bukan Islam, ini semua boleh menguji asas Islam.
Islam menganggap dua agama ini sebagai agama istimewa. Setiap satu agama ini adalah agama Tuhan. Pengasasnya di dunia, Ibrahim, Musa, Daud, dan Isa adalah pesuruh Allah. Perkara yang disampaikan oleh mereka di dalam Taurat, Injil dan Zabur adalah wahyu dari Allah. Mempercayai para Nabi dan wahyu yang dibawa oleh mereka adalah perkara pokok dalam agama Islam. Mengingkari mereka pula menyebabkan terkeluar dari Islam. Al-Qur’an berhujah terhadap orang Yahudi dan Kristian yang menolak pengenalan ini dan mendakwa keistimewaan hanya dikhususkan pada para nabi terdahulu.
Keadaan Islam yang memperakui Yahudi dan Kristian, nabi dan kitab mereka bukanlah hanya menunjukkan satu kesopanan, tetapi pengiktirafan sebagai agama yang benar. Islam melihat mereka bukan sebagai ‘pendapat lain’ yang perlu bersabar tetapi sebagai de jure, iaitu agama yang sebenar diturunkan oleh allah. Tambahan pula, status mereka yang sah berbentuk agama dan bukannya berbentuk sosiopolitik atau tradisi atau tamadun. Dalam hal ini, Islam adalah unik. Kerana tiada agama di dunia yang masih menjadikan kebenaran agama lain sebagai syarat yang perlu sebagai saksi dan kepercayaan terhadapnya.
Secara berterusan, Islam menyusuli perakuan kebenaran agama ini bagi Yahudi dan Kristian dengan kesudahan yang munasabah iaitu pengenalan terhadap dirinya sendiri. Mengenali tuhan sebagai sumber wahyu dalam ketiga-tiga agama membawa kepada pengenalan wahyu dan seterusnya agama. Islam tidak melihat dirinya datang sebagai agama yang diciptakan daripada tiada (ex nihilo) tetapi sebagai pengesahan kebenaran yang sama yang dibawa oleh nabi terdahulu bagi agama Yahudi dn Kristian. Islam menganggap mereka sebagai orang Islam, dan wahyu mereka sebagai satu dan sama dengannya. Bersama agama Hanif, agama tauhid dan moral Arab sebelum Islam, Yahudi, Kristian, dan Islam membentuk penyatuan kesedaran agama dan sama berdasarkan inti pati dan pusatnya yang satu dan sama. Penyatuan kesedaran agama boleh dilihat dengan mudah oleh pengkaji sejarah ketamadunan yang berminat dengan Timur Tengah.
Konsep Islam bagi agama Hanif ini tidak boleh dibandingkan dengan konsep “Anonymous Christian” Karl Rahner. “Hanif” disebutkan dalam al-Qur’an dan bukan ciptaan ahli teologi moden yang merasa tidak patut dengan akuan takdir tuhan yang khusus bagi agamanya sahaja. Ini telah menjadi sistem asas bagi operasi dalaman Islam sejak 14 kurun yang lalu. Mereka yang paling mulia dalam kehidupan beragama ialah mereka yang disandarkan paradigm keimanan dan keagungan yang paling mulia dan bukan orang yang dihina walaupun ianya boleh diterima oleh agama. Penghormatan Islam terhadap para nabi dan para pengikut mereka diteruskan walaupun setelah penganut Yahudi dan Kristian tidak lagi taat kepada mereka.
Islam telah memberikan pengiktirafan yang tertinggi kepada agama lain di mana ia mengiktiraf kebenaran nabi, kitab dan ajaran agama lain. Islam mengumumkan bahawa tuhannya dan tuhan agama tersebut adalah satu dan sama. Ia juga mengumumkan bahawa orang Islam, penolong, sahabat, penyokong, dan pengikut agama lain, di bawah kekuasaan satu tuhan. Islam tidak mempunyai apa-apa kesan daripada segala perbezaan yang berlaku selepas ini. Perbezaan itu sudah tentu mengenai perkara yang bukan asas perkara yang bukan asas. Ianya boleh diatasi dan diselesaikan dengan pengetahuan yang lebih, kehendak untuk berbuat baik dan kebijaksanaan. Islam menganggap perselisihan ini sebagai percanggahan dalaman dalam keluarga keagamaan yang satu dan sama. Dan selagi kedua-dua mereka menganggap tuhan yang satu sebagai tuhan mereka semua, tiada perbezaan dan percanggahan yang tidak dapat diselesaikan. Semua perbezaan agama, tradisi, masyarakat, ekonomi dan politik boleh dirangkumkan di bawah satu asas bahawa hanya tuhan bukannya mana-mana manusia, nafsu, ego, atau sangkaan kita yang menjadi tuhan.
Ketuhanan
agama yahudi dan kristian menganut faham tuhan yang esa iaitu tuhan yang satu. ini menunjukkan agama yahdui dan kristian mempunyai faham agama yang sama di dalam konsep ketuhanan. Akan tetapi, agama nasrani di belakang nabi isa telah menjadikan agama tauhid yang suci menjadi agama musyrik.[3]
Utusan tuhan
para nabi di dalam agama kristian dan yahudi mempunyai nama yang sama dan berkongsi nabi yang sama seperti mana agama islam,namun kedua-dua agama ini berbeza dari sudut keimanan terhadap nabi yang terakhir yang diutuskan oleh allah iaitu nabi Muhammad saw. yahudi dan kristian tidak beriman kepada nabi Muhammad sepertimana umat islam.
Ahli Kitab
kedua-dua umat ini merupakan umat-umat terbesar dikalangan ahli kitab. umat yahudi ini adalah lebih besar kerana syariat diturunkan kepada nabi musa as dan kesemua bani israil beribadat dengan syariat itu serta ditaklifkan untuk berpegang dengan hokum-hakam taurat.
injil yang turun kepada al-masih isa tidak merangkumi hokum hakam dan tidak memuatkan yang halal dan yang haram, akan tetapi ia hanyalah lambang-lambang dan contoh-contoh, nasihat dan larangan. syariat-syariat dan hokum hakam adalah adalah diambil daripada taurat.
Keturunan
Agama yahudi dan kristian mempunyai kaitan di dalam aspek pensejarahan Agama masehi adalah agama yang diturunkan kepada nabi isa yang berasal dari keturunan israil di suatu tempat bernama Nazareth yang terletak di wilayah galilia. baginda adalah seorang yang istimewa kerana dilahirkan tanpa bapa dan merupakan putera seorang wanita yang termasyhur dengan kesuciannya iaitu maryam binti imran. allah menceritakan tentang peristiwa tersebut dalam firmannya yang bermaksud:
Ia berkata: "Sesungguhnya Aku pesuruh Tuhanmu, untuk menyebabkanmu dikurniakan seorang anak Yang suci".Maryam bertanya (dengan cemas): Bagaimanakah Aku akan beroleh seorang anak lelaki, padahal Aku tidak pernah disentuh oleh seorang lelaki pun, dan Aku pula bukan perempuan jahat?" Ia menjawab: "Demikianlah keadaannya tak usahlah dihairankan; Tuhanmu berfirman: hal itu mudah bagiKu; dan Kami hendak menjadikan pemberian anak itu sebagai satu tanda (yang membuktikan kekuasaan kami) untuk umat manusia dan sebagai satu rahmat dari kami; dan hal itu adalah satu perkara Yang telah ditetapkan berlakunya. Maka Maryam hamilah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri Dengan kandungannya itu ke sebuah tempat Yang jauh. (ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata Alangkah baiknya kalau Aku mati sebelum ini dan menjadilah Aku sesuatu Yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang.[5]
Datuknya imran ialah seorang imam besar di bait al-maqdis. nabi isa as diutuskan oleh allah ke tengah-tengah bangsa israil yang rosak akhlak dan iman mereka serta terpesong dari pengajaran yang ditinggalkan oleh nabi musa as.
istilah nasrani berasal nama kota Nazareth iaitu sebuah desa kecil yang terletak di kaki sebuah bukit sebelah selatan Jerusalem. tempat ini dikatakan sebagai tempat asal nabi isa dan disebut sebagai nasirah oleh orang arab. rentetan daripada itulah, agama yang disampaikan oleh nabi isa dikenali sebagai agama nasrani iaitu agama orang-orang nasirah.
Kitab suci
Ø Asal Penurunan Kitab Injil
nabi isa menerima kitab injil yang dikatakan diturunkan kepadanya pada malam 18 ramadhan untuk disampaikan kepada bani israil, selepas lebih kurang 1050 tahun kitab zabur diturunkan kepada nabi daud, dan selepas 1532 tahun kitab taurat diturunkan kepada nabi musa as. ketika itu beliau dikatakan berusia dalam lingkungan 30 tahun.
agama ini telah dikembangkan dikalangan bangsa yahudi oleh nabi isa selama lebih kurang 3 tahun, 3 bukan dan 3 hari sahaja dengan mengembara dari satu tempat ke tempat yang lain. untuk tujuan ini beliau telah melantik 12 orang pengikutnya yang dikenali sebagai rasul (apostle) oleh orang Kristin. ketika ajaran-ajaran baginda mula berkembang, baginda telah difitnahkan oleh kaum yahudi yang menolak ajaran yang disampaikan dengan menuduhnya sebagai pengacau dan penghasut rakyat secara melawan pemerintah.
askar-askar yahudi mula mencari nabi isa untuk dijatuhkan hukuman disebabkan fitnah-fitnah tersebut. setelah menjejaki tempat persembunyian baginda dan pengikut-pengikutnya. di antara 12 pengikutnya itu, terdapat seorang munafik yang mengkhianati baginda bernama yudas atau yahuza iskariot.
menurut agama islam, oleh kerana pengkhianatan yudas, allah swt telah menyerupakan wajah dan suaranya sama seperti nabi isa as. lalu askar-askar rom menangkap yudas dan bila dia tidak dapat berkata apa-apa kerana telah dibisukan oleh allah. kemudianya, hukuman salib dijatuhkan ke atasnya. nabi isa as telah diangkat ke langit dalam proses penyelamatan daripada tindakan orang yahudi yang ingin menyalibnya. ini diceritakan oleh allah di dalam firmannya yang bermaksud:
Dan juga (disebabkan) dakwaan mereka Dengan mengatakan: "Sesungguhnya Kami telah membunuh Al-Masih Isa Ibni Maryam, Rasul Allah". padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak memalangnya (di kayu palang - salib), tetapi diserupakan bagi mereka (orang Yang mereka bunuh itu seperti Nabi Isa). dan Sesungguhnya orang-orang Yang telah berselisih faham, mengenai Nabi Isa, sebenarnya mereka berada Dalam keadaan syak (ragu-ragu) tentang menentukan (pembunuhannya). tiada sesuatu pengetahuan pun bagi mereka mengenainya selain daripada mengikut sangkaan semata-mata; dan mereka tidak membunuhnya Dengan yakin. Bahkan Allah telah mengangkat Nabi Isa kepadanya; dan adalah Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.[6]
manakala penganut kristian mempercayai bahawa baginda telah pun ditangkap dan disalib. kemudian baginda telah diangkat naik ke langit dan duduk disebelah kanan tuhan dalam kerajaan tuhan. dengan berlakunya peristiwa tersebut, maka terhentilah syariat dan dakwah yang dibawa oleh nabi isa.
Ø Kandungan Kitab Suci agama kristian
agama kristian mempunyai kitab suci yang dipanggil the holy bible yang mengandungi dua bahagian utama iaitu the old testament dan the testament. The old testament yang dipegang oleh kristian ini turut menjadi kitab suci penganut yahudi. pegangan ini dibuat berdasarkan kenyataan nabi isa bahawa baginda diperintahkan untuk meneruskan syariat yang dibawa oleh nabi musa dalam taurat, di samping beberapa penambahan yang diwahyukan melalui kitab injil. the old testament ini membawa maksud satu perjanjian sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini. ia dijadikan bahagian pertama dari the holy bible yang dipegangi oleh penganut kristian.
manakala bahagian kedua the holy bible ialah the new testament yang merupakan hak mutlak penganut kristian. ia bermaksud satu perjanjian yang termeterai di antara tuhan Yahweh dengan nabi isa dan orang-orang yahudi. kitab-kitab ini terbahagi kepada lima iaitu:[8]
i. Gospel
ii. acts of apostles
iii. letters of st. paul
iv. letter to all Christians
v. revelation
Pemimpin agama
perkembangan selanjutnya memperlihatkan seorang penganut yahudi yang bekerja dengan pemerintah rom, dalam membanteras pengikut-pengikut nabi isa as memeluk agama masehi. beliau adalah saul yang kemudiannya dikenali sebagai st. paul. beliau telah memainkan peranan yang amat penting dalam perkembangan agama masehi selepas ketiadaan nabi isa as, malahan telah dianggap sebagai pengasas kepada agama kristian yang wujud pada hari ini.
paul dilahirkan di tarsus pada tahun dua masihi dan dikatakan berusia 8 tahun lebih muda dari nabi isa. beliau adalah seorang yahudi dari suku Benjamin yang menganut mazhab farisi iaitu satu aliran yang fanatik kepada undang-undang yahudi dan anti agama masehi. keturunanya terdiri daripada orang-orang yang mempunyai kedudukan tinggi dalam masyarakat yahudi.
sejak dari usianya masih muda, paul amat meminati budaya Hellenistic (greek) khususnya dalam bidang falsafah paul belajar di jerusalem dan di situlah beliau mempelajari sejarah bangsa yahudi. beliau sering didedahkan dengan cerita kedatangan messiah, seorang penyelamat yang akan membawa bangsa yahudi ke puncak peradaban dan kemakmuran serta seterusnya menjadikan Jerusalem sebagai pusat dunia. beliau seorang yang bersemangat tinggi dan bercita-cita menjadi pemimpin bangsanya. oleh yang demikian, paul mempelajari agama yahudi dari imam-imam besar yahudi. selain itu, paul yang mendapat pendidikan ala romawi turut mempelajari falsafah yunani.
di kota Jerusalem, penganut-penganut agama yahudi termasuk paul amat fanatik kepada agama mereka dan mereka amat memusuhi penganut-penganut agama masehi. malahan mereka sentiasa mencari jalan untuk bertelingkah dengan penganut-penganut agama masehi. oleh sebab itulah, orang-orang masehi ini telah melarikan diri ke kota damsyik dan menjadikan kota tersebut sebagai benteng mempertahankan agama masehi. paul adalah salah seorang yang begitu zalim kepada orang-orang masehi dan turut memburu mereka yang melarikan diri ke damsyik untuk menangkap dan menghukum mereka. dalam perjalanan pulang, paul dikatakan mengalami satu peristiwa yang akhirnya membuatkan beiau berpaling tadah dari agama yahudi kepada menyokong dan menganut agama masehi.
menurut dakwaan paul, beliau telah berjumpa dengan nabi isa as yang memerintah beliau menjadi utusan nabi isa dengan menyebarluaskan ajaran masehi. ini diceritakan dalam act of apostle 9:3-6 yang bermaksud:
Dia telah melihat matahari memancar, satu suara kedengaran,” Wahai Saul kenapa engkau aniaya aku, engkau melawan murid-muridku, sebenarnya akulah yang engkau aniaya. “Saul telah melihat matahari memancar, satu suara kedengaran, “Wahai Saul kenapa engkau aniaya aku, engkau melawan murid-muridku, sebenarnya akulah yang engkau aniaya.” Saul berkata, “ Siapakah engkau ini ya Tuhan!”. Kedengaran olehku suara Tuhan; “Akulah Jesus yang telah engkau aniayai itu. Sukarlah bagimu hendak menghindarkan dosa.” Saul berkata; Aku segera kembali ke Damsyik dengan sedar dan bertaubat dan terus ke tempat kamu. [12]
selepas kejadian tersebut, paul telah megambil inisiatif yang cukup untuk memperkenalkan agama kristian dalam bentuk baru. kebanyakan para pengkaji berpendapat, agama kristian yang wujud pada hari ini adalah hasil ajaran yang di bawa oleh paul dan digelar sebagai pengasas agama kristian yang kedua.
walaupun begitu, pengakuan paul sebagai utusan nabi isa dipertikaikan oleh kebanyakan utusan-utusan nabi isa as yang dilantik oleh baginda semasa masih bersama pengikutnya. kenyataan ini di lohat dalam acts of apostle 9:20-22 yang bermaksud:
Setelah dia (Paul) bersama-sama pengikut-pengikutnya (jesus) di damsyik selama beberapa hari sahaja, dia mula memberi ceramah di dalam sinogague; “jesus ialah anak tuhan (son of god)”. kesemua pendengarnya terkejut. “sememangnya.” mereka berkata, “inilah lelaki yang mengatur serangan di jerisalem menentang orang-orang yang menyebut nama ioni (jesus), dan yang datang ke sini semata-mata dengan tujuan untuk menangkap mereka, untuk membolehkan mereka dibicarakan di hadapan ketua-ketua paderi?”.[14]
menurut pengkaji islam, sebenarnya nabi isa tidak pernah mengisytiharkan pelantikan paul sebagai utusannya. paul dikatakan tidak pernah berguru, malahan dan tidak pernah melihat dan mendengar baginda berbicara. paul membuat pengakuan sebagai utusan nabi isa selepas peristiwa beliau mendengar suara nabi isa. tambahan pula, nama paul tidak pernah tercatat sebagai utusan nabi isa sebagaimana yang terdapat dalam gospel matthew, mark dan luke dari kitab the new testament. nama-nama yang tercatat ialah andreas, simon petrus, barnaba, matthew, yahya, Jacob bin zabdee, tadius, yahuda, bartholomeus, philipus, Jacob bin alpius dan yahuda iskariot.
walaubagaimamapun, paul yang cukup terkenal sebagai seorang yang pandai berhujah dan sebagainya telah Berjaya menarik perhatian pengikut-pengikut masehi. beliau dikatakan telah mendalami ajaran taurat, injil dan juga greek selama lebih kurang sepulih tahun. akhirnya paul melakukan perubahan-perubahan tertentu dalam ajaran masehi asli berdasarkan kepentingan tertentu. ini dibuktikan dengan kata-kata paul dalam acts of apostle 15:24 yang bermaksud:
“Aku menjadikan diriku hamba dari semua orang. Bagi orang yahudi aku menjadi seperti yahudi, supaya aku menenangkan mereka. bagi orang-orang yang tidak hidup di bawah hokum taurat aku menjadi seperti mereka. segala sesuatu aku lakukan kerana injil supaya aku mendapat bahagia di dalamnya.”[16]
dalam hal ini, paul dikatakan telah menghapuskan sunnah berkhitan yang ditetapkan dalam setiap agama semenjak nabi Ibrahim as lagi demi untuk menjalinkan persahabatan dengan penganut-penganut agama berhala. selain itu, beliau turut menghalalkan daging babi kerana orang romawi dan yunani memelihara dan memakannya. dalam suratnya kepada penduduk rom, paul meminta mereka mentaati pemerintah romawi sama seperti mereka.
Hubungan Agama Yahudi dengan Agama Islam
Hubungan Agama Yahudi dengan Agama Islam
Sejarah mencatatkan hubungan umat Islam dengan kaum Yahudi bermula setelah Nabi Muhammad s.a.w berhijrah ke Madinah. Hubungan ini lebih banyak bersifat politik kerana sebelum Nabi Muhammad berhijrah, di Madinah sudah terdapat orang Yahudi.
Mereka sangat berpengaruh dari segi politik dan ekonomi serta sukar untuk membezakan dengan orang Arab setempat disebabkan hubungan perkahwinan, pemakaian nama Arab dan juga terdapat orang Arab yang menganut agama Yahudi.
Antara suku Yahudi yang tinggal di Madinah ialah Bani Nadir, Bani Quraizah dan Bani Qainuqa. Persaingan serta permusuhan Bani Khazraj dan Bani Aus, dua suku utama asli Madinah amat menguntungkan umat Yahudi.
Untuk memelihara kerukunan dan keutuhan warga Madinah, melalui Piagam Madinah, Rasulullah s.a.w menyatukan mereka yang tidak hanya terdiri daripada orang Islam dengan orang Arab, tetapi juga kaum Yahudi.
Dari segi politik, antara Islam dengan Yahudi sebenarnya tidak begitu baik kerana sejak zaman Rasulullah s.a.w, kedua-dua umat ini sering terlibat dalam pelbagai konflik. Mereka menjalin hubungan dengan pihak yang memusuhi Rasulullah s.a.w seperti Abdullah bin Ubai (ketua orang munafik). Begitu juga dengan orang Quraisy.
Pada zaman permulaan islam, nabi muhammad saw mendapati bangsa yahudi di madinah sering mengkhianati beliau dan menghalang usaha dakwah secara keseluruhannya. lalu, beliau menghalau semua bangsa yahudi dari madinah selepas pengkhianatan yahudi menyokong kafir quraisy yang berhajat menyerang madinah dalam peristiwa perang khandak. rasulullah saw memerintahkan kepada orang yahudi membayar cukai perlindungan daripada hasil pertanian penduduk lembah khaibar dan lembah al-Qura.
Konflik dengan Bani Qainuqa, Bani Nadir dan Bani Quraizah sering timbul sehingga kadangkala menyebabkan berlaku pertentangan secara fizikal yang menyebabkan pertumpahan darah. Ini semua merupakan lembaran hitam dalam sejarah hubungan umat Islam dan Yahudi di zaman Rasulullah s.a.w.
Perdebatan, dialog dan polemik keagamaan sering terjadi antara umat Islam dan Yahudi. Sebagaimana berlangsung antara Islam dan Kristian, dialog dan polemik keagamaan antara Islam dan Yahudi juga berlangsung pada abad ke-8 dan ke-9 di istana Kekhalifahan Abbasiyah (Bani Abbas) di Baghdad.
Karya penting pertama dalam bidang ini adalah Kitab Al-Fisal wa an-Nihal (Buku Tentang Kelompok dan Sektor), yang ditulis oleh Ibnu Hazm (994 – 1064 M), tokoh penting Islam di Sepanyol. Dalam karya ini tidak kurang daripada 130 halaman dituliskan untuk mengkritik agama Yahudi. Pelbagai petikan daripada kitab suci Yahudi dikutip untuk menunjukkan kelemahannya, yang kemudian diikuti oleh pelbagai kutipan daripada al-Quran untuk menunjukkan keunggulannya.
Hubungan Agama Kristian dengan Agama Islam
Agama Islam dan kristian mempercayai bahawa Tuhan adalah agung dan abadi, bahawa Dia yang menciptakan alam, menciptakan manusia dan menempatkannya di muka bumi untuk menunaikan perintahNya, isi kandungan perintah tuhan adalah keimanan dan peraturan moral. Kedua-dua agama percaya kepada kepatuhan manusia akan perintah tuhan dan ketaatan kepada peraturan moral adalah bersikap universal pada isinya dan perlaksanaannya. Dan yang akhir, kedua-dua agama ini berpegang kepada kepatuhan manusia terhadap takdir mereka adalah pengorbanan, kebahagiaan, dan keseronokan di dunia dan akhirat.
Kandungan agama ini dianggap oleh kedua-dua agama sebagai ajaran yang paling asas. Setiap agama percaya bahawa ajarannya yang asas ini disampaikan melalui wahyu. Mereka juga menganggap sejarah masa silam berjalan berdasarkan awhyu tersebut, dan perjalanan di masa hadapan ditunjukkan oleh oleh wahyu yang terkandung dalam Hari Pembalasan kerana semua sejarah yang tidak seimbang akan dihitung di hadapan ilmu, keadilan, dan rahmat Allah yang Maha Agung.
Sudah tentu terdapat perbezaan antara kedua-dua agama ini dan ini adalah perkara biasa. Dalam satu tradisi agama yang sama, perkembangan konsep dan penjelasan yang terhasil daripada perkara asas yang dilakukan pada setiap masa dalam sejarah juga boleh dipelbagaikan. Tetapi jika tradisi agama ini berkembang dan berubah, agama itu tidak lagi sama, dan agama lain mengambil tempatnya. Sekiranya asas Islam dan Kristian tidak tetap sama sepanjang perjalanan sejarah adalah mustahil untuk membezakan sesuatu tradisi daripada orang lain. Oleh itu, semua tradisi akan membentuk suatu himpunan data keagamaan yang berbeza, kerana perbandingan pada peringkat dasar agama tersebut adalah boleh dan munasabah.
Sebenarnya, Islam dan Kristian mengharapkan hubungan sebegini kerana kedua agama ini adalah agama yang menganjurkan taubat dan memaafkan, rahmat dan kasihan belas. Kedua-dua agama meletakkan jalan jiran sebagai syarat kepada ketakwaan dan jalan yang benar. Permintaan supaya manusia berdamai dan bekerjasama adalah perkara asas bagi mereka.
Kaitan Hubungan Yahudi dan Kristian terhadap Agama Islam
Agama Yahudi merupakan salah satu agama samawi yang diwahyukan oleh Allah kepada nabi-nabi yang terpilih menjadi rasul menyeru manusia mentauhidkan Allah di samping agama kristian dan islam. Berdasarkan kronologi, agama Yahudi mendahului kedua-kedua agama tersebut dan diikuti oleh kristian dan islam sebagai agama penutup. Agama Yahudi turut tergolong dalam kumpulan agama orang-orang simetik yang terdiri daripada orang arab, Hebrew dan Phoenicia iaitu orang aramaen, Babylon dan Assyria. walau bagaimanapun, kebanyakan penganutnya terdiri daripada orang Hebrew. justeru, agama ini dikenali sebagai agama orang Hebrew.
Diantara berbagai kelompok budaya dan keyakinan politeisme, muncullah sebuah tradisi besar yang selanjutnya menyatukan 3 agama terbesar di dunia, iaitu agama Yahudi, Kristian dan Islam. Tiga agama ini dapat dihubungkan dengan satu tradisi agama yang secara umum memiliki kaitan dengan masa kenabian Ibrahim. Tradisi pokok beragama ini membentuk dasar solid yang darinya tiga agama ini telah dibangun di atas rangkaian sejarah dan darinya ketiga-tiga agama ini telah membentuk keyakinan dan cita-cita yang berbeza.
Perbezaaan fundamental yang memisahkan tradisi beragama bagi 3 agama ini dapat dipersatukan dengan konsep monotheisme. Para ahli sejarah pada umumnya setuju bahawa konsep awal monotheisme telah menunjukkan suatu penampakan yang jelas di antara sebuah suku nomadik (pengembara) yang disebut kaum Hebrew. Pada dasarnya, kesamaaan tradisi beragama yang dimiliki agama Islam, Kristen dan Yahudi dapat dihubungkan dengan kaum ini.
Ibrahim telah membawa idea keyakinan monotheisme yang menekankan tuntutan-tuntutan moral dan tanggung jawab individu dan masyarakat terhadap penyembahan kepada Tuhan, Sang Maha Penguasa segala sesuatu. Pada puncaknya tradisi ini menempatkan Ibrahim diakui sebagai pendiri kepercayaan monotheisme oleh pengikut tiga agama tersebut: Islam, Yahudi dan Kristen. Para pengikut Ibrahim mewariskan tradisi ini dari generasi ke generasi, memperkuat dan menyatukan semua orang di tanah Palestina dengan kepercayaan kepada Tuhan dan dengan perjanjian yang telah dibuat oleh orang-orang pilihan-Nya. Pada abad ke 13 SM peranan Musa telah terbukti menjadi sebuah kekuatan persatuan besar yang sungguh benar-benar menempa bangsa Israel. Selama kurun waktu Musa, konsep perjanjian ini diulang-ulang dan ditempatkan kembali diantara keturunan Ibrahim.
selain itu, terdapat hubungan kekerabatan secara geografi di antara 3 agama ini. ketiga-tiga 3 agama terbesar di dunia ini memiliki asal keturunan yang sama. Daerah Timur Dekat , terdiri dari daerah Palestina, Semenanjung Sinai, Semenanjung Arabia (khususnya sebagian wilayah bagian utara), dan daerah-daerah lainnya yang pada saat ini dikenal dengan nama Turki dan Yunani- pada dasarnya mewakili tempat lahirnya 3 kepercayaan besar ini.
Kesan Hubungan Yahudi dan Kristian dengan Islam
Kristian Kini dan Beberapa Penyelewengan yang Berlaku
Kristian Kini dan Beberapa Penyelewengan yang Berlaku
Keaslian agama kristian telah mengalami beberapa proses penyelewengan melalui usaha-usaha yang dipelopori oleh Paul. Seterusnya ia menjadi asas pegangan bagi penganut kristian kini. Antara penyelewengan yang dilakukan oleh Paul ialah:
i. Beliau telah berusaha membentuk agama ini menjadi agama universal. Kenyataan ini bercanggah dengan kedudukan sebenar agama ini yang dikhususkan untuk bangsa yahudi sahaja. Firman Allah:
“Dan Allah akan mengajarnya ilmu menulis, dan hukum-hukum aturan agama, dan juga kandungan Kitab-kitab Taurat dan Injil.”[20]
Dan Allah berfirman lagi:
“Dan (akan melantiknya) menjadi seorang Rasul kepada Bani Israil, (dengan menegaskan kepada mereka): "Sesungguhnya Aku telah datang kepada kamu, Dengan membawa satu tanda (mukjizat) dari Tuhan kamu, Iaitu Aku boleh membuat untuk kamu dari tanah liat seperti bentuk burung, kemudian Aku tiup padanya lalu menjadilah ia seekor burung (yang hidup) Dengan izin Allah; dan juga Aku boleh menyembuhkan orang Yang buta dan orang Yang sopak, dan Aku boleh menghidupkan kembali orang-orang Yang mati Dengan izin Allah; dan juga Aku boleh memberitahu kepada kamu tentang apa Yang kamu makan dan apa Yang kamu simpan di Rumah kamu. Sesungguhnya perkara-perkara Yang demikian itu, mengandungi satu tanda (mukjizat) bagi kamu (yang membuktikan kebenaran Bahawa Aku seorang Rasul Yang diutus oleh Allah kepada kamu), jika kamu orang-orang Yang (mahu) beriman.”[21]
ii. Proses penyelewengan juga telah mengubah asas kepercayaan asal agama ini iaitu mengEsakan Allah kepada konsep trinity. Fahaman ini juga berasal dari Rom, Parsi, dan India. Konsep trinity ini merupakan gabungan tiga oknum iaitu Allah adalah bapa yang menjadi sumber dan tempat kembali segala perkara. Oknum yang kedua adalah Isa al-Masih yang dianggap sebagai anak tuhan. Beliau dilahirkan untuk menebus dosa yang dilakukan oleh manusia. Oknum yang seterusnya ialah ruhul kudus.fungsinya adalah untuk member petunjuk dan membersihkan roh-roh manusia. Islam menafikan kebenaran konsep ini.
iii. Kelahiran Isa dianggap sebagai anak tuhan yang berupa manusia. Matlamat kelahirannya adalah sebagai penebus dosa-dosa yang dilakukan oleh manusia. Dakwaan ini dinafikan oleh Islam dan kerana ia bercanggah dengan kenyataan yang sebenar.
iv. Kebangkitan Isa selepas diwafatkan dan seterusnya diangkat ke langit dipercayai untuk memerintah manusia bersama ayahnya iaitu Allah. Kepercayaan ini mengandungi ciri syirik yang bertentangan dengan ajaran asalnya yang berteraskan tauhid.
Penyelewengan yang diutarakan di atas merupakan sebahagian daripada unsur-unsur pemalsuan yang wujud di dalam ajaran kristian kini.
Era Baru Bangsa Yahudi dan Langkah Mengatasi
sejarah pra-ultra moden memberi makna tersendiri yang begitu mendalam kepada yahudi. tempoh itu adalah permulaan zaman gemilang sesudah mereka melalui zaman gelap yang panjang. kaitan yahudi dan sejarah memang tidak dapat di nafikan. mereka sentiasa mempunyai temoat tersendiri dalam sejarah kemanusiaan kerana mereka adalah satu bangsa yang sudah lama wujud, namun dengan izin allah mereka terus wujud dan bertahan sehingga hari ini.
namun begitu, sejarah tidak lagi menjadi focus utama masyarakat kita pada hari ini. ramai yang tidak mengetahui sebab-sebab kejatuhan kesultanan melayu Melaka sehingga kita dijajah selama beratus tahun. ramai yang tidak tahu tentang perjuangan menentang penjajah, pegorbanan menuntut kemerdekaan dan perjuangan mengatasi belenggu ketakutan pada zaman darurat serta berhadapan dengan fahaman komunis. akibat kelemahan itu, kita kini berhadapan dengan penaklukan yang lebih buruk lagi iaitu penjajahan minda.
yahudi mencipta doktrin “sejarah pasti berulang”. ramai yang percaya ia adalah ungkapan yang benar dan tidak dapat dielakkan. sebenarnya bukan sejarah yang berulang, tetapi kita yang tidak mahu menglaji kesilapan silam dan belajar daripadanya. rasulullah saw berkata:” tidak wajar umat islam dipatuk ular daripada lubang yang sama sebanyak dua kali.” ini kerana islam sentiasa menyuruh kita supaya berfikir, berhati-hati, bermuhasabah serta memperbaiki segala kesilapan dan kelemahan bagi membolehkan kita menjadi umat yang terbaik.
sebagai langkah mengatasi masalah ini, kita perlu mengenal pasti sumber dan pengaruh yang bertanggungjawab merosakkan pemikiran segelintir masyarakat kita. kita perlu menghapuskan punca itu dan memastikan golongan terpelajar kita mempunyai platform perjuangan perkara yang benar dan saluran yang tepat bagi meluahkan fikiran mereka. kesedaran yang tebal tentang perlunya mengukuhkan jati diri generasi berdasarkan ajaran islam yang luhur dan murni.
kita juga tidak harus mencampur adukkan ajaran islam dengan fahaman ciptaan manusia. islam adalah benar dan semua yang bertentangan dengannya adalah batal. kita perlu membenarkan apa yang benar dan menolak apa jua yang salah.
masyarakat digalakkan menggunakan saluran intelektual yang merangsang pemikiran kreatif. dekatkan diri kepada agama dan mengingatkan tentang asal usul serta sejarah silam. luaskan pemikiran suoaya dapat berfikir dengan berkesan dan tidak mudah terpengaruh dengan segala propaganda tahudi dan musuh-musuh islam yang lain. sentiasa berfikiran positif dan cuba memperbaiki kelemahan diri sendiri dan juga orang lain demi meninggikan martabat masyarakat.
Agama yahudi, nasrani dan agama islam adalah agama yang mutlak dan mempunyai hubungan di antara satu sama lain. Namun agama yang benar dan direhai adalah agama islam yang syumul. ini berdasarkan firman allah yang bermaksud:
“ sesungguhnya agama (yang benar dan diredhai) di sisi allah ialah islam.”[23]
agama islam mempunyai pendirian yang tersendiri terhadap agama yahudi dan kristian yang masih lagi wujud sehingga sekarang. islam tidak akan membenarkan begitu sahaja apa yang disampaikan oleh yahudi dan kristian. mana yang dianggap betul dan sesuai dengan isi ajaran agama samawi asli (tauhid) akan dibenarkan, manakala yang tidak sesuai dan bertentangan dengannya wajib ditolak.










0 comments:
Post a Comment