Bukankah setiap hati inginkan kasih sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat mulia, baik, dan sempurna dalam hidup ini?

 Ya, tidak ada seorang pun manusia yang tidak mahukan kebaikan, kemuliaan, dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. ketika dipinggairkan, kita inginkan kasih sayang. ketika dizalimi kita inginkan keadilan. sedarkah kita ketika kita inginkan semua itu, kita sebenarnya mencintai Allah?

MENGAPA?? ini kerana Allah sahaja yang memiliki segala-galanya yang kita ingini itu. Bukankah Allah itu al-Ghani???, Memiliki kekayaan yang diingini oleh orang miskin? Allah itu al-Rahman, yang mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir. Allah itu al-Adl yang mampu memberikan keadilan yang didambakan oleh orang yang tertindas.

Jiwa sering tersentuh dengan kebesaran Allah swt. Subhanallah!! Allah memilik segala sifat kesempurnaan. Manusia hanya menzahirkan sahaja segala sifat-sifat-Nya. Sehingga kita alpa menilai  sifat itu datangnya daripada Allah bukan daripada kita. Maka, jika kita mencintai dan dicintai Allah, kita akan beroleh segala-galanya. masya Allah!

Mari kita renungi asma' Allah al-husna memberitahu kita setiap nama-nama Allah mempunyai kelebihannya sendiri jika diamalkan dengan penuh keyakinan yang tinggi dan tanpa berbelah bahagi.

Sahabat-sahabat, meskipun kita bersendirian, meskipun kita diuji dengan kesibukan atau kesenangan, diuji dengan kepayahan dan kesusahan, janganlah sekali-kali kita menjauhkan diri daripada Allah. Dia maha mendengar dan maha mengetahui. Maka, mengadulah kepada-Nya. 

Pernah malaikat datang berjumpa dengan Allah dan mengatakan bahawa insan sekian-sekian telah meminta pertolongan daripada-Mu berkali-kali, perkenankanlah. Namun Allah mengatakan, biarkan insan ini terus-terusan berdoa kerana Aku rindu untuk mendengar keluh tangisnya... Allah sedikit pun tidak rugi jika kita meminta-minta daripada-Nya. Namun kitalah yang rugi jika tidak meminta daripada-Nya. Dialah yang menentukan takdir kita. Maka seharusnya hanya pada Dia sahaja selayaknya kita mengadu segala masalah. Kerana cinta hakiki inilah terjalinnya ukhuwwah sesama kita. Kasih sayang antara manusia itu berbahagi-bahagi dan mungkin berat sebelah. Namun hakikatnya, cinta Allah itu sama rata. Kitalah yang menentukan tahap kecintaan kita pada Allah.

Maka serahkanlah sepenuh jiwa raga kita kepadanya. Biarkan dia sahaja yang menilai tahap cinta kita dan membalasnya setimpal dengan apa yang telah kita berikan. Jika sedikit yang diberi, maka sedikitlah yang kita dapat. Jika banyak yang kita beri, maka banyaklah yg kita akan dapat. Sesiapa yang mencari cintanya sahaja yang nampak dan merasai kemanisan bercinta dengan Tuhan yang maha agung.

Indah sungguh perasaan itu , ya rahman. Diri ini tidak sekali-kali ingin mensia-siakanya.

0 comments:

Post a Comment