Wanita solehah itu aurat dijaga,
Sifat malu pengikat diri,
Seindah hiasan di dunia ini.

Keayuan wanita solehah itu,
tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,
Kemanisan wanita solehah ,
tidak terletak pada kemanjaannya.

Daya penarik wanita solehah itu ,
Bukan pada kemanisan bicaranya yang
mengoncang iman para muslimin,
Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannya
bermain lidah, memujuk rayu ,
Bukan dan tidak sama sekali.

Kepetahan wanita solehah ,
Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,
Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabat
agama.

Nafsu mengatakan wanita cantik dengan paras
rupa yang indah bak permata yang menyeri alam,
Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuan
dan kekebalannya dalam ilmu serta pandai dari
segala aspek.

Hati menyatakan kecantikan wanita hanya pada
akhlaknya,
Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.

Wahai wanita jangan dibangga dengan
kecantikan luaran ,
Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telan
zaman,
Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,
Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapat
Rahmat ilahi.

Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmu
duniawi yang kau kuasai ,
Kerna ada lagi manusia yang lebih
berpegetahuan darimu............
Rabi'ah tidak mencintai dengan satu cinta, tetapi dia mencintai dengan dua cinta...Cintanya itu dinukilkan di atas bait-bait syair di bawah :

Cintaku kepadamu cinta berganda
Cinta semata-mata cinta
Dan cinta kerana Engkau patut dicintai


Cinta yang pertama membuat aku tenggelam
Dalam menyebut nama-Mu, lupa yang selain-Mu
Cinta kedua kerana kerelaan-Mu menyingkap
Hijab hingga aku dapat melihat-Mu

Aku tidak menyanjung-Mu kerana ini dan itu
Sanjungan itu lahir daripada kedua-dua cintaku.

Para ulama dan pemikir Islam telah mengkaji dan menganalisis yang terkandung di dalam syair di atas, meskipun maksud yang terungkap di situ sudah jelas dan nyata. Rabi'ah tahu bahawa cinta pada tahap pertama ditandai dengan banyak menyebut nama Allah serta mengingatnya. Dan tahap yang kedua adalah mengadakan hubungan yang erat dengan-Nya, kemudian dapat menyaksikan kecantikan yang di cintai (kekasih).

Cinta itu timbul pada pertama kalinya daripada yang lahir, iaitu ibadat anggota tubuh. kemudian, disusuli pula dengan pembersihan hati dan jiwa daripada segala penyakit dan kekotoran. Dengan perkataan lain, cinta itu dimulai dengan anggota, yakni mempergunakannya untuk mentaati Allah. Lalu, secara beransur sedikit demi sedikit membentuk batin sedemikian rupa, sehingga terbiasa berhadapan dan menghabiskan waktunya di jalan Allah.
"Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging. Bilamana ia baik, maka baiklah seluruh anggota dan bilamana ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah itulah HATI."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Kenapakah hati jadi sakit, kotor, kasar, keras, buta atau terkunci???Jawapan kepada persoalan tersebut tidak lain disebabkan oleh dosa yang kita lakukan sama ada sedar ataupun tidak. Dosa-dosa itulah yang menjadi penghalang taqarrub kita kepada ALLAH SWT. Dosa-dosa itulah yang menjauhkan kita dari jalan kebenaran. Dosa-dosa itulah yang mengeraskan hati kita hingga payah untuk menerima ilmu, nasihat, dan teguran.

LEMBUTKANLAH HATIMU.....
Nescaya episod hidupmu akan lebih bermakna.
Bukankah setiap hati inginkan kasih sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat mulia, baik, dan sempurna dalam hidup ini?

 Ya, tidak ada seorang pun manusia yang tidak mahukan kebaikan, kemuliaan, dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. ketika dipinggairkan, kita inginkan kasih sayang. ketika dizalimi kita inginkan keadilan. sedarkah kita ketika kita inginkan semua itu, kita sebenarnya mencintai Allah?

MENGAPA?? ini kerana Allah sahaja yang memiliki segala-galanya yang kita ingini itu. Bukankah Allah itu al-Ghani???, Memiliki kekayaan yang diingini oleh orang miskin? Allah itu al-Rahman, yang mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir. Allah itu al-Adl yang mampu memberikan keadilan yang didambakan oleh orang yang tertindas.

Jiwa sering tersentuh dengan kebesaran Allah swt. Subhanallah!! Allah memilik segala sifat kesempurnaan. Manusia hanya menzahirkan sahaja segala sifat-sifat-Nya. Sehingga kita alpa menilai  sifat itu datangnya daripada Allah bukan daripada kita. Maka, jika kita mencintai dan dicintai Allah, kita akan beroleh segala-galanya. masya Allah!

Mari kita renungi asma' Allah al-husna memberitahu kita setiap nama-nama Allah mempunyai kelebihannya sendiri jika diamalkan dengan penuh keyakinan yang tinggi dan tanpa berbelah bahagi.

Sahabat-sahabat, meskipun kita bersendirian, meskipun kita diuji dengan kesibukan atau kesenangan, diuji dengan kepayahan dan kesusahan, janganlah sekali-kali kita menjauhkan diri daripada Allah. Dia maha mendengar dan maha mengetahui. Maka, mengadulah kepada-Nya. 

Pernah malaikat datang berjumpa dengan Allah dan mengatakan bahawa insan sekian-sekian telah meminta pertolongan daripada-Mu berkali-kali, perkenankanlah. Namun Allah mengatakan, biarkan insan ini terus-terusan berdoa kerana Aku rindu untuk mendengar keluh tangisnya... Allah sedikit pun tidak rugi jika kita meminta-minta daripada-Nya. Namun kitalah yang rugi jika tidak meminta daripada-Nya. Dialah yang menentukan takdir kita. Maka seharusnya hanya pada Dia sahaja selayaknya kita mengadu segala masalah. Kerana cinta hakiki inilah terjalinnya ukhuwwah sesama kita. Kasih sayang antara manusia itu berbahagi-bahagi dan mungkin berat sebelah. Namun hakikatnya, cinta Allah itu sama rata. Kitalah yang menentukan tahap kecintaan kita pada Allah.

Maka serahkanlah sepenuh jiwa raga kita kepadanya. Biarkan dia sahaja yang menilai tahap cinta kita dan membalasnya setimpal dengan apa yang telah kita berikan. Jika sedikit yang diberi, maka sedikitlah yang kita dapat. Jika banyak yang kita beri, maka banyaklah yg kita akan dapat. Sesiapa yang mencari cintanya sahaja yang nampak dan merasai kemanisan bercinta dengan Tuhan yang maha agung.

Indah sungguh perasaan itu , ya rahman. Diri ini tidak sekali-kali ingin mensia-siakanya.

Hari ni di sekolah sungguh tak bermaya..kkwn seperjuangan semua nya perasan..diri ni amat keletihan..anak murid disekolah turut bersimpati..huhuu..syukran anak2  muridku skalian..sayang kamu smua..

Lpas balik sekolah, memasak...nk berjimat sket lps ni...dah 2 bulan asyik keluarkan duit ja..beli peti ais dan kamera..huu..nk simpan plak lps ni utk perkara yang lebih penting..untuk masa depan...haha..

Fkr psal masa depan rasa takut plak kan..xtau cmana masa depan kita nnt..kalau ada tok nujum yang mampu menilik masa depan kita kan best...tp tok nujum tu pon makhluk Allah..xmampu nk menandingi perancangan Allah..Sesungguhnya Allah tu sebaik2 perancg kepda kehidupan makhluk2Nya... Sebagai hamba, kita hanya mampu berdoa dan berharap pada Allah SWT sahaja..Allah itu maha penyayang..Insya Allah pertolongan Allah sentiasa bersama dengan kita.. :-)
Assalamualaikum w.b.t

Semoga sahabat berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya dalam menelusuri mehnah dan ujian di dunia ini. Kita hendaklah sentiasa beringat bahwa Allah sememangnya mendatangkan ujian kepada hambanya bagi menilai sejauh mana hambanya ini memikul dan menyelesaikannya hingga sampai ke satu tahap bahawa kita merasakan 'MANIS'nya ujian itu.

Wahai teman-teman sekalian,

Bicara ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri. Saya
tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan kepada saya dan kita semua orang yang beriman dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari kemudian.

Terkadang rasa mahu mengeluh mengenangkan diri ini yang dikatakan 'tiada bakat' oleh seorang teman seperjuangan di maktab..sedih..sayu..dan hancur nya hati mendengar butir bicara teman itu..walaupun bunyinya semacam bergurau, tetapi bicara itu telah meremukkan hati ini. 'Bakat' itu sesuatu yang boleh dipupuk. Setiap manusia punya kelebihan dan kekurangan tersendiri.Saya lemah dimedan itu, saya hebat dibidang ini..hmm..Apa pun saya harus buktikan bahawa saya tidak seperti yang dikatakan itu. Saya punya kelebihan lain. Saya harus perbaiki diri saya!

Sememangnya memperbaiki diri ini bukan satu kerja yang senang apatah lagi terpaksa melalui jalan yang agak sukar sehingga sampai ke satu destinasi yang selamat yang dimimpi-mimpikan oleh semua jiwa yang suci. Adakah kita rasa 'SENSITIF' terhadap peribadi kita ?Bukti sensitifnya kita terhadap diri kita adalah kita sentiasa muhasabah diri kita. Orang yang selalu muhasabah ialah orang yang sensitif terhadap dirinya. Agak-agak bagaimana muhasabah itu berlaku ya?
Tiap-tiap hari aktiviti MUHASABAH mesti berlaku. Hari ini banyak mana kebaikan yang kita lakukan . Banyak mana kejahatan yang kita lakukan. Kita digalakkan untuk berfikir dan mencari ruang kebaikan yang akan kita buat pada hari esok dan berikutnya. Maksudnya esok mesti ada kebaikan yang kita lakukan. Saya mahu beri satu contoh yang waqi'  berada di dalam kehidupan kita. Pada hari sahabat baca emel ini, adalah hari yang pertama. Muhasabah berjalan seperti biasa. Kata sahabat (di dalam hati), esok sahabat mahu buat kebaikan. Dan hari esok pun menjelma buat sahabat dengan taqdir Allah. Sahabat harus mencari ruang untuk melakukan kebaikan. Oh ya! Ruang untuk kita melakukan kebaikan ada yang datang secara kita tak jangka dan ada yang dah kita jangka. Yang kita jangka seperti , selepas solat Subuh sahabat baca AlQuran, berzikir, berwirid dan lain2 kebaikan. Yang kita tak jangka seperti ada peminta sedekah yang meminta sedekah di luar masjid, ada orang buta yang kehilangan peneman jalan dan ada mak cik tua yang tak mampu memikul beban barang yang dibawa. Semua itu "BONUS' dari Allah buat kita sebagai ruang mencari kebaikan. Di situlah kita menabur kebaikan. Mana kita sangka , ada orang buta itu datang sebagai 'bonus' pada kita. Tetapi ia adalah ujian Allah buat manusia untuk melihat apa tindakan kita. Pahala tersembunyi melalui orang buta itu. Kalau kita tak buat, maka hilanglah 'bonus' itu kan !

Bagi muslim sebenar, kita perlu renung dan pikir akan kejahatan yg telah kita lakukan. Moga-moga ia menimbulkan kesedaran pada kita bahawa lemahnya kita. Selepas berfikir itu, kita mestilah susuli dengan rasa penyesalan dan tak mahu kembali lagi ke desa kekotoran dan kejahatan tadi. Yang lepas tu biarlah berlalu. Tapi janganlah kita tanam cita-cita untuk mengulangi kejahatan yang lalu.



 


Lensa Muslimah:
ya Allahu ya rabbi…ya Allahu ya rabbi…
Ketika ku mohon kepada Allah kekuatan, Allah berikan aku kesulitan agar aku menjadi lebih kuat.
Ketika ku mohon kepada Allah kebijaksanaan, Allah berikan aku masalah untuk diselesaikan.
Ketika ku mohon kepada Allah kesejahteraan, Allah memberiku akal untuk berfikir.
Ketika ku mohon kepada Allah keberanian, Allah beri padaku bahaya untuk kuatasi

Ketika kumohon kepada Allah bantuan, Allah berikan aku kesempitan.

Aku tidak pernah menerima apa yang kupinta, tetapi aku menerima segala yang kuperlu. Ketika satu pintu kebahagiaan tertutup, pintu yang lain terbuka, tetapi sering kali kita terpaku terlalu lama pada pintu yang tertutup sehingga tidak melihat pintu yang dibukakan bagi kita. Orang-orang yang selalu berbahagia tidak selalu memiliki hal-hal yang terbaik, mereka hanya berusaha untuk menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya.Mungkin Allah menginginkan kita bertemu dengan beberapa orang yang salah sebelum bertemu dengan orang yang tepat, kita harus mengerti bagaimana untuk berterima kasih atas kurniaanNya.Waktu kita lahir, kita menangis dan orang-orang di sekeliling kita tersenyum, jalanilah kehidupan ini sehingga pada waktu kita mana kita meninggal, kita tersenyum dan orang-orang di sekeliling kita menangis.
wallaahu a’lam….


Di bawah ini disertakan satu kisah yang menarik, kiriman seorang  kawan untuk dikongsi bersama. Pada satu zaman ada seorang raja yang amat zalim. Hampir setiap orang pernah merasakan kezalimannya itu. Pada suatu ketika, raja zalim ini  tertimpa penyakit yang sangat berat.Maka seluruh tabib yang ada pada kerajaan itu dikumpulkan. Di bawah ancaman pedang, mereka disuruh untuk menyembuhkannya.Namun sayangnya tidak ada satu tabib pun yang mampu menyembuhkannya. Hingga akhirnya ada seorang rahib yang mengatakan bahawa penyakit sang raja itu hanya dapat disembuhkan dengan memakan sejenis ikan tertentu, yang sayangnya saat ini bukanlah musimnya ikan itu muncul ke permukaan.Betapa gembiranya raja mendengar khabar ini.Meskipun raja menyedari bahwa saat ini bukanlah musim ikan itu muncul ke permukaan namun disuruhnya juga semua orang untuk mencari ikan itu. Aneh bin ajaib ... walaupun belum musimnya,  temyata ikan itu sangatlah mudah ditemukan.Sehingga akhirnya sembuhlah raja itu dari penyakitnya. Di lain waktu dan tempat, ada seorang raja yang amat terkenal  kebijaksanaannya. Ia sangat dicintai oleh rakyatnya. Pada suatu ketika, raja yang bijaksana itu jatuh sakit. Ternyata kesimpulan para tabib sama,yaitu ubatnya adalah sejenis ikan tertentu  yang saat ini sangat banyak terdapat di permukaan laut. Kerana itu mereka sangat optimis rajanya akan segera pulih kembali. Tapi apa yang terjadi? Ikan-ikan yang seharusnya banyak dijumpai di permukaan laut itu, tidak ada satu pun yang nampak. Walaupun pihak kerajaan telah mengirimkan para ahli selamnya, tetap saja ikan itu tidak berhasil diketemukan. Sehingga akhirnya raja yangbijaksana itu pun mangkat.Dikisahkan para malaikat pun kebingungan dengan kejadian itu.
Akhirnya mereka menghadap Tuhan dan bertanya, > "> Ya Tuhan kami, apa sebabnya  Engkau mengirim ikan-ikan itu ke permukaan sehingga raja yang zalim itu selamat, sementara pada waktu raja yang bijaksana itu sakit, Engkau menyembunyikan ikan-ikan itu ke dasar laut sehingga akhirnya raja yang baik itu meninggal? Tuhan pun berfirman,"Wahai para malaikat-Ku,sesungguhnya raja yang zalim itu  pernah berbuat suatu kebaikan. Kerana itu Aku balas kebaikannya itu, sehingga pada waktu dia datang menghadap-Ku,tidak ada lagi kebaikan sedikitpun yang dibawanya. Dan Aku akan tempatkan ia pada neraka yang  paling bawah! Sementara raja yang baik itu pernah berbuat salah kepada-Ku, kerana itu Aku  hukum dia dengan menyembunyikan ikan-ikan itu, sehingga nanti dia akan datang menghadap-Ku dengan seluruh kebaikannya tanpa ada sedikit pun dosa padanya, kerana hukuman atas dosanya telah Kutunaikan seluruhnya di dunia!"
Kita dapat mengambil beberapa pelajaran dari kisah ini. Pelajaran pertama adalah: Ada kesalahan yang hukumannya langsung ditunaikan Allah di dunia ini juga, sehingga dengan demikian di akhirat nanti dosa itu tidak diperhitungkan-Nya lagi. Keyakinan hal ini dapat menguatkan iman kita apabila sedang tertimpa musibah. Pelajaran kedua adalah: Apabila kita tidak pernah tertimpa musibah, jangan terlena. Jangan-jangan Allah menghabiskan tabungan kebaikan kita. Keyakinan akan hal ini dapat menjaga kita untuk tidak terbuai dengan lazatnya kenikmatan duniawi sehingga melupakan urusan ukhrowi.Pelajaran ketiga adalah: Musibah yang menimpa seseorang belum tentu kerana orang itu telah berbuat keburukan. Keyakinan ini akan dapat mencegah kita untuk tidak berprasangka buruk menyalahkannya, justeru yang timbul adalah keinginan untuk membantu meringankan penderitaannya. Pelajaran keempat adalah: Siapa yang tahu maksud Allah?