Aku tidak pernah impikan pertemuan ini...
apa lagi mengharapkan hidup yang kosong kembali berseri..
haruman ukhuwah yang yang kau sirami,
bak hembusan kasturi menyegarkan rohani...
siapa aku tak layak dihargai,
TAPI..
Kau tetap tegar melayani...
ku lafazkan zikir alunan Ilahi..
sujud menangisi anugerah persahabatan suci,
Moga kita tetap bersama meniti hari..
jatuh bangun sama dirasai,
teruskan perjuanganmu duhai serikandi,
walau darah menitis membasahi bumi....
“kami telah menciptakan gugusan bintang dilangit dan kami menghiasi langit itu bagi orang-orang yang memandangnya” (surah al-hijr:16)
Bintang, suatu ciptaan Allah swt yang sgt indah. Ia menghiasi langit pada waktu malam dan menjadi petunjuk arah buat manusia. Allah berfirman yang bermaksud:” Dialah yang menjadikan bintang-bintang bagimu agar kamu menjadi petunjuk dalam gelap di darat dan di laut” (surah al-an’am: 97)
Dari segi sejarah, org arab sudah lama menggunakan perbagai peralatan seperti astrolabe untuk menyukat kedudukan bintang. Bintang telah menjadi suatu pengkajian yang khusus dlm bidang sains pd hr ini. Kejadiannya, sifatnya, dan jenis-jenis bintang telah dirungkai dari sudut saintifik dan kajian alam semesta.
Secara saintifiknya, bintang ialah sfera gas yang menyala-nyala pd suhu yg amat tinggi. Ada bintang yang bersaiz terkecil daripada saiz bumi, ada juga bintang yang mempunyai saiz 1000 kali lebih besar daripada saiz matahari.
Matahari juga diketahui sebagai salah satu bintang . Hanya matahari yang kelihatan pada siang hari, bintang lain tidak kelihatan pada siang hari kcuali semasa berlakunya gerhana matahari. Pada malam hari kita boleh nampk pelbagai jenis bintang di atas langit. Terdapat lebih kurang 6000 bintang mugkin boleh dilihat dengan mata kasar tanpa bantuan teleskop.
Ada billion-bilion bintang didalam alam smesta. Kebanyakkannya adalah terlalu jauh untuk dilihat walaupun dengan teleskop. Bintang kelihatan berkelip2 kerana cahayanya bergerak melalui atmosfera bumi.
ketika aku menyulam cinta,
ku harap benang2 iman tersimpul bsama,
ku harap manik-manik taqwa dhias indah......
ketika aku menyemai rindu,
ku pohon agar bait2 al-Quran menjadi sandaran,
ku pohon agar zikrullah menjadi penawar.....
ku harap benang2 iman tersimpul bsama,
ku harap manik-manik taqwa dhias indah......
ketika aku menyemai rindu,
ku pohon agar bait2 al-Quran menjadi sandaran,
ku pohon agar zikrullah menjadi penawar.....
Wanita solehah itu aurat dijaga,
Sifat malu pengikat diri,Seindah hiasan di dunia ini.Keayuan wanita solehah itu,tidak terletak pada kecantikan wajahnya ,Kemanisan wanita solehah ,tidak terletak pada kemanjaannya.Daya penarik wanita solehah itu ,Bukan pada kemanisan bicaranya yangmengoncang iman para muslimin,Dan bukan pula terletak pada kebijaksanaannyabermain lidah, memujuk rayu ,Bukan dan tidak sama sekali.Kepetahan wanita solehah ,Bukan pada barang kemas atau perihal orang lain,Tapi pada perjuangannya meningkatkan martabatagama.Nafsu mengatakan wanita cantik dengan parasrupa yang indah bak permata yang menyeri alam,Akal mengatakan wanita cantik atas kemajuandan kekebalannya dalam ilmu serta pandai darisegala aspek.Hati menyatakan kecantikan wanita hanya padaakhlaknya,Itupun seandainya hati itu bersih untuk menilai.Wahai wanita jangan dibangga dengankecantikan luaran ,Kerna satu hari nanti ianya akan lapuk di telanzaman,Tetapi jaga dan peliharalah kecantikan dalaman ,Agar diri ini bersih dan sentiasa mendapatRahmat ilahi.Wahai wanita jangan berbangga dengan ilmuduniawi yang kau kuasai ,Kerna ada lagi manusia yang lebihberpegetahuan darimu............
Rabi'ah tidak mencintai dengan satu cinta, tetapi dia mencintai dengan dua cinta...Cintanya itu dinukilkan di atas bait-bait syair di bawah :
Cintaku kepadamu cinta berganda
Cinta semata-mata cinta
Dan cinta kerana Engkau patut dicintai
Cinta yang pertama membuat aku tenggelam
Dalam menyebut nama-Mu, lupa yang selain-Mu
Cinta kedua kerana kerelaan-Mu menyingkap
Hijab hingga aku dapat melihat-Mu
Aku tidak menyanjung-Mu kerana ini dan itu
Sanjungan itu lahir daripada kedua-dua cintaku.
Para ulama dan pemikir Islam telah mengkaji dan menganalisis yang terkandung di dalam syair di atas, meskipun maksud yang terungkap di situ sudah jelas dan nyata. Rabi'ah tahu bahawa cinta pada tahap pertama ditandai dengan banyak menyebut nama Allah serta mengingatnya. Dan tahap yang kedua adalah mengadakan hubungan yang erat dengan-Nya, kemudian dapat menyaksikan kecantikan yang di cintai (kekasih).
Cinta itu timbul pada pertama kalinya daripada yang lahir, iaitu ibadat anggota tubuh. kemudian, disusuli pula dengan pembersihan hati dan jiwa daripada segala penyakit dan kekotoran. Dengan perkataan lain, cinta itu dimulai dengan anggota, yakni mempergunakannya untuk mentaati Allah. Lalu, secara beransur sedikit demi sedikit membentuk batin sedemikian rupa, sehingga terbiasa berhadapan dan menghabiskan waktunya di jalan Allah.
Cintaku kepadamu cinta berganda
Cinta semata-mata cinta
Dan cinta kerana Engkau patut dicintai
Cinta yang pertama membuat aku tenggelam
Dalam menyebut nama-Mu, lupa yang selain-Mu
Cinta kedua kerana kerelaan-Mu menyingkap
Hijab hingga aku dapat melihat-Mu
Aku tidak menyanjung-Mu kerana ini dan itu
Sanjungan itu lahir daripada kedua-dua cintaku.
Para ulama dan pemikir Islam telah mengkaji dan menganalisis yang terkandung di dalam syair di atas, meskipun maksud yang terungkap di situ sudah jelas dan nyata. Rabi'ah tahu bahawa cinta pada tahap pertama ditandai dengan banyak menyebut nama Allah serta mengingatnya. Dan tahap yang kedua adalah mengadakan hubungan yang erat dengan-Nya, kemudian dapat menyaksikan kecantikan yang di cintai (kekasih).
Cinta itu timbul pada pertama kalinya daripada yang lahir, iaitu ibadat anggota tubuh. kemudian, disusuli pula dengan pembersihan hati dan jiwa daripada segala penyakit dan kekotoran. Dengan perkataan lain, cinta itu dimulai dengan anggota, yakni mempergunakannya untuk mentaati Allah. Lalu, secara beransur sedikit demi sedikit membentuk batin sedemikian rupa, sehingga terbiasa berhadapan dan menghabiskan waktunya di jalan Allah.
"Sesungguhnya di dalam diri manusia ada seketul daging. Bilamana ia baik, maka baiklah seluruh anggota dan bilamana ia rosak, maka rosaklah seluruh anggota. Ketahuilah itulah HATI."
(Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Kenapakah hati jadi sakit, kotor, kasar, keras, buta atau terkunci???Jawapan kepada persoalan tersebut tidak lain disebabkan oleh dosa yang kita lakukan sama ada sedar ataupun tidak. Dosa-dosa itulah yang menjadi penghalang taqarrub kita kepada ALLAH SWT. Dosa-dosa itulah yang menjauhkan kita dari jalan kebenaran. Dosa-dosa itulah yang mengeraskan hati kita hingga payah untuk menerima ilmu, nasihat, dan teguran.
LEMBUTKANLAH HATIMU.....
Nescaya episod hidupmu akan lebih bermakna.
Bukankah setiap hati inginkan kasih sayang, keadilan, kekayaan, keindahan dan lain-lain sifat mulia, baik, dan sempurna dalam hidup ini?
Ya, tidak ada seorang pun manusia yang tidak mahukan kebaikan, kemuliaan, dan kesempurnaan. Ketika dilanda kemiskinan, manusia inginkan kekayaan. ketika dipinggairkan, kita inginkan kasih sayang. ketika dizalimi kita inginkan keadilan. sedarkah kita ketika kita inginkan semua itu, kita sebenarnya mencintai Allah?
MENGAPA?? ini kerana Allah sahaja yang memiliki segala-galanya yang kita ingini itu. Bukankah Allah itu al-Ghani???, Memiliki kekayaan yang diingini oleh orang miskin? Allah itu al-Rahman, yang mempunyai kasih sayang yang diidamkan oleh mereka yang terpinggir. Allah itu al-Adl yang mampu memberikan keadilan yang didambakan oleh orang yang tertindas.
Jiwa sering tersentuh dengan kebesaran Allah swt. Subhanallah!! Allah memilik segala sifat kesempurnaan. Manusia hanya menzahirkan sahaja segala sifat-sifat-Nya. Sehingga kita alpa menilai sifat itu datangnya daripada Allah bukan daripada kita. Maka, jika kita mencintai dan dicintai Allah, kita akan beroleh segala-galanya. masya Allah!
Mari kita renungi asma' Allah al-husna memberitahu kita setiap nama-nama Allah mempunyai kelebihannya sendiri jika diamalkan dengan penuh keyakinan yang tinggi dan tanpa berbelah bahagi.
Sahabat-sahabat, meskipun kita bersendirian, meskipun kita diuji dengan kesibukan atau kesenangan, diuji dengan kepayahan dan kesusahan, janganlah sekali-kali kita menjauhkan diri daripada Allah. Dia maha mendengar dan maha mengetahui. Maka, mengadulah kepada-Nya.
Pernah malaikat datang berjumpa dengan Allah dan mengatakan bahawa insan sekian-sekian telah meminta pertolongan daripada-Mu berkali-kali, perkenankanlah. Namun Allah mengatakan, biarkan insan ini terus-terusan berdoa kerana Aku rindu untuk mendengar keluh tangisnya... Allah sedikit pun tidak rugi jika kita meminta-minta daripada-Nya. Namun kitalah yang rugi jika tidak meminta daripada-Nya. Dialah yang menentukan takdir kita. Maka seharusnya hanya pada Dia sahaja selayaknya kita mengadu segala masalah. Kerana cinta hakiki inilah terjalinnya ukhuwwah sesama kita. Kasih sayang antara manusia itu berbahagi-bahagi dan mungkin berat sebelah. Namun hakikatnya, cinta Allah itu sama rata. Kitalah yang menentukan tahap kecintaan kita pada Allah.
Maka serahkanlah sepenuh jiwa raga kita kepadanya. Biarkan dia sahaja yang menilai tahap cinta kita dan membalasnya setimpal dengan apa yang telah kita berikan. Jika sedikit yang diberi, maka sedikitlah yang kita dapat. Jika banyak yang kita beri, maka banyaklah yg kita akan dapat. Sesiapa yang mencari cintanya sahaja yang nampak dan merasai kemanisan bercinta dengan Tuhan yang maha agung.
Indah sungguh perasaan itu , ya rahman. Diri ini tidak sekali-kali ingin mensia-siakanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)